* hikmah disebalik cabaran ...*

2 minggu yang agak mencabar bagi saya ...
mengendalikan kerja dokumentasi yang banyak...
tak sama keadaannya dengan mengendalikan emosi manusia...

minggu lepas sy diuji dengan keadaan client yg tak puas hati 
dengan keperluan dokumen2 untuk berkahwin
katanya susah nak berkahwin sekarang ...
nak itu nak ini...
lebih baik kawin di siam ja ...
wua3 ...menanah telinga sy mendengarnya...

personally 
saya dah lali dengan ayat-ayat begitu
biasanya org yg bermasalah ja rasa undang2 nak kawin ni susah ...

Maha suci Allah...
minggu lepas dalam melayan keadaan client yg marah2 tu
saya tetap berikannya prosedur yg betul 
supaya dia dapat uruskan semua dokumen2 dengan baik dan sempurna 
niat saya hanya satu...
saya mengharapkan client tersebut dpt diakadnikahkan 
oleh wali yang "tepat dan sempurna"

awal minggu ni 
client tersebut datang kembali ke pejabat dengan dokumen yg lengkap
alhamdulillah ...
saya gembira bagi pihaknya walaupun minggu lepas 
saya dimarah teruk oleh client tersebut ...

maha suci Allah 
sekali lagi saya diuji...
meneliti permohonan berkahwin client tersebut 
menjadikan saya speechless...

berdasarkan dokumen yg dilampirkan 
ternyata bapa kepada pemohon tersebut 
tidak layak secara hukum dan biologinya untuk menjadi wali...

petang tadi 
sekali lagi sy terpaksa memanggil semula pemohon tersebut ke pejabat...
utk sesi siasatan dan kes ini perlu dipanjangkan ke mahkamah
agak berbeza nada pemohon tersebut hari ini... 
beliau  byk tunduk dan tak ada lagi nada menengking pada saya...

saya nampak ada riak kecewa diwajahnya
apabila beliau baru tahu secara biologinya beliau adalah anak tidak sah taraf
ini bukan pengalaman pertama saya 
tp keadaan kali ini agak menyentuh hati 
bila melihat seorang insan yang ego dan keras hati 
tiba2 down dan hilang keyakinan diri...

Ya Allah bantulah insan tersebut ...
tersentuh hati dengan apa yang berlaku seminggu dua ni 
awalnya wujud juga perasaan marah di hati saya ...
kuasa Allah yang Maha kaya 
sekelip mata sahaja Dia mampu untuk ubah perasaan saya ...
speechless!

*menandatanganikertasoreninibukanlahsatutanggungjawabyangmudah*

regards
adeqya8284

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::