Monday, April 12, 2010

::cerita hati::

~Monday, 12 April 2010~

tak tahu nk bercerita pada siapa tika ini...
cerita hati ...yang punya banyak wajah...
gembira, sedih, risau,takut, rindu dan sebagainya lagi...
tuhan...kuatkan hati ini...untuk terus sabar dengan mehnahMu ini...

Awal pagi td...tika siapkan sarapan pagi...
saya hampir2 terlepas cerek dari tangan...
dan sebahagian daripada air panas di dalam cerek tertumpah keluar...
nasib baik saya sempat elak...terdetik dalam hati...
petanda burukkah???sy cuba positif...sebab banyak perkara yang sy perlu lakukan hari ni...
petang ini selepas waktu pejabat saya akan terus balik ke desasiswa aman damai USM,
untuk peperiksaan 14hb nanti...
masih panjang perjalanan yg perlu sy tempuh sepanjang hari ini...

setibanya sy di pejabat td...
sy terima satu panggilan dr seorang pegawai dr pejabat rangkaian organisasi sy...
tersentap!
itu yg mampu sy ceritakan...
pada awal perbualan...
pegawai tersebut ucapkan tahniah diatas pertukaran sy ke organisasi lain..
tp lama kelamaan pegawai tersebut seolah-olah ....
cuba mempertikaikan lantikan sy ke jwtan br tersebut...
sy pelik...sedangkan semua pegawai atasan menyokong sy sepenuhnya utk berhijrah
dan menimba pengalaman di tempat baru...tetapi berbeza dgn pegawai ini...
pertikaian demi pertikaian timbul...
dr segi senioriti hinggalah ke tangga gaji yang ditawarkan kepada sy...

Tak siapa tahu perasaan sy tika menerima surat tawaran untuk jawatan baru ini,
memang la...jika dinilai gred jwtn dan gaji yang ditawarkan...
sy mampu tersenyum...tapi hanya untuk lima minit...
selepas waktu itu...mcm2 perkara yang datang singgah di minda sy...
mampu atau tidak sy pikul tugas baru ni?layakkah saya?teman2 sekerja saya?
tuhan sahaja yang tahu perasaan sy tika itu....
dan hanya Dia jg yg maha mengetahui...hikmah disebalik tawaran ini...
sy terima dgn hati yg terbuka...bukan kerana pangkat atau gaji...
tp kerana tanggunggjawab sy sebagai umat islam...
dan kerana ingin menimba pengalaman baru di organisasi baru...

Mudah bagi yang melihat dan bercakap...
tapi ianya tak semudah itu bagi yang memikulnya...
sy terima seadanya selepas ini tentang bidang tugas...
mahupun tempat yang diberikan kpd sy untuk 'posting' nanti...
cuma sy mengharapkan agar sy tidak ditempatkan di mahkamah syariah ...
yg perlu menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan penceraian dan masalah kekeluargaan...
fobia sy ketika melihat sesi perbicaraan kes penceraian pd 2005 dulu blum lg hilang ...
tak sanggup rasanya utk lihat perpisahan diantara anak-anak dan kedua ibu-bapanya...
takut2 sy akan lebih fobia selepas ni...

cukuplah...rentetan cerita untuk hari ini...
sy ingin bertenang...sebelum menghadiri peperiksaan 14hb ni...
jadual 14hb juga agak pack untuk dipenuhi...
pagi sy perlu hadiri peperiksaan kertas yg pertama, Falsafah Politik,
petangnya ...sy perlu ke head ofice untuk mesyuarat j/kuasa pesta buku 2010...
sy pergi bukan untuk bermesyuarat secara rasmi...
pergi hanya untuk menyerahkan tugas kepada rakan2 lain ...
memandangkan sy tlh dilantik sbg ketua utk mencatat minit mesyuarat persatuan p.sumber...
tak mampu rasanya utk letakkan semua kerja dibahu ini,
jadi sy perlu undur diri dan beri peluang kpd rakan2 lain utk ambil alih tugas ini...

thanks untuk iena & tini yg tlh memeriahkan outing sy kelmarin...
keluar menonton dgn kalian sememangnya meringankan sedikit kepala ni...
cerita semerah cinta stiletto itu jg tak kurang hebatnya ....
menghiburkan dan mampu meredakan gundah di hati ini...
dan perkara yang paling buat sy happy kelmarin...
bertemu dgn sabariah, teman sekerja waktu di tadika Graduan Kecil dahulu...
miss u a lot sis...
amat rindu...
bertemu dgn sabariah buat sy terharu dan perlu memanjatkan rasa syukur kpd tuhan...
tika ini, selepas lima tahun sy berhenti dr bekerja di tadika tersebut sabariah dan kwn2 lain
masih di tmpt yg sama mencari rezeki utk menyara kehidupan...
alhamdulillah...
tuhan telah beri saya dua peluang untuk sy menapak dalam dunia kerjaya saya...
syukur tuhan...
saya tak akan berada pada tahap ini...
tanpa kekuatan dan dorongan dari insan2 yang berada di sekeliling saya....
pendorong saya yang utama...encik abah dan doa dr arwah emak...
*saya sayang semua*

regards
- adeqya8284 -

*sila abaikan date & day setting utk entry ini

2 comments:

Lina^ Chan said...

Dear maria,

Tersentuh ina membaca entri maria kali ini..percayalah sahabatku, apa yg terjadi pada maria adalah ujian dan dugaan Tuhan kepada hambanya. Seharusnya kita ini layak diuji.ina percaya, ada 1001 hikmah di sebalik apa yang terjadi.mungkin ada sinar baru yang lebih bernilai dan beerti di tempat baru nanti, sesuai dgn lembaran baru yg sudah pun maria buka dalam diri maria.kuatlah maria kerana hidup ini ibarat lautan yg luas. Banyak cabaran utk menyeberangi lautan ganas bergelora.jadilah nakhoda yang bijak, yang berjiwa kental..harungilah lautan itu dengan kuat dan tenang, nescaya maria akan sampai ke seberang. InsyaAllah =]

adeqya84 said...

Dear liena,

tak semua org suka bila kita berjaya...dan kita jg tak boleh untuk paksa org lain suka pd apa yg kita ada...sedih ina...kenapa org2 kita suka ada sifat dengki sebegini?maria agak down lps dpt phone call tu...makin hari..kesabaran ni makin dicabar...hanya pd tuhan maria mengadu...hanya pd tuhan maria menangis ina...thanks ina...ina antara anugerah terindah dari Dia untuk maria...ina selalu ada dgn maria baik masa senang atau susah...thanks dear...may God bless u dear...