*task baru*
alhamdulillah...hari ni dapat berehat sehari ... selepas penat berkejar ke sana sini sepanjang minggu ... minggu ni dapat task baru dr bos ... serius otak saya tak dapat berfikir masa mula2 terima tugas baru ni ... awal minggu ..awal pagi selasa ... saya dan kak zah terima surat dari unit kerja sosial hosp. bukit mertajam... surat yang agak panjang berjela ... dan sarat dengan seribu satu macam cerita ... task baru, tugas baru... kalau sebelum ni saya hanya bertugas sbg pegawai rundingcara utk masalah rumahtangga... yang melibatkan suami, isteri dan anak-anak... tapi kali ni ...saya perlu beri nasihat kepada insan yang "belum berumahtangga" yang telah menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri... dan membawa kepada wujudnya insan ketiga yang tidak dijangka... hmmm...how to explain it... susahnya...tapi saya kira kalian faham la ye jalan cerita diatas... pihak hospital menghubungi pihak pejabat agama selepas didapati... gadis tersebut mengandung tetapi tidak berkahwin.....