::My Diary Ramadhan 3::

Dalam tak sedar ye...
kita dah 15 hari berpuasa ...
cepatnya masa berjalan...

Pagi tadi ...waktu makan sahur dgn abah & ma...
abah khabarkan ttg pemergian Tok Midun..*panggilan kami.. nama penuhnya hamidun
rasanya mcm baru je abah g ziarah Tok Midun hari tu...
dah tertulis...pemergiannya dalam bulan yg penuh rahmat ni..
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org yg beriman..

Sy igt lagi...Tok Midun antara org kuat yang menyatukan abah & mama dulu
*for abah second marriage...
Terbayang lagi masa diaorg datang memujuk sy dirumah...
alahai...nostalgia tu...
pastinya abah terasa kehilangan ...walaupun sekadar ayah angkat...
sy rasa Tok Midun dah jadi sebahagian daripada ahli keluarga sy..
Tiap2 tahun bila Ramadhan menjelma ..
abah pasti akan luangkan masa untuk berbuka dengan Tok Midun..
tapi tahun ni tak sempat...

Dalam masa yang sama ..
sy teringatkan arwah mak...
dr awal Ramadhan lagi...*tiba2 rasa rindu sgt pada arwah
lepas sepuluh tahun beraya tanpa mak...sy dah hilang semangat utk beraya...
rasa mcm hilang seri ...
pada teman2 yang masih punya emak dan ayah...
ambil peluang sebaik mungkin untuk gembirakan org tua dipagi raya...
abah sy pun dah ada keluarga baru...
so sy akan beraya dgn adik-beradik mcm thn2 yg lepas jg...
thn ni pun sy tak ambil cuti panjang..
cukup hanya sehari ...*sampai raya keempat sj
lepas raya ni sy akan sibuk dengan majlis bacaan yassin di PKG
dan beberapa urusan untuk pemantauan ISO Oktober nanti...

Mcm dah melalut je entry ni...
tp betul...1 perasaan saya sekarang....
i miss my mum......a lot...a lot....

::regards::


Comments

ASYIQ said…
Nak buat mcm mana..yg pergi takkan ada galang gantinya.

Mesti mengalir jg air mata di pagi raya kan?? Sedih mengingatkan yg dah tiada. Beraya di Kg Sauk ke?
* adeqya8284 * said…
Of Course Cu...
kemana lagi kami nk beraya...
kalau tak ke sauk ..:)
Ya tak nak lepaskan peluang untuk ziarah kubur mak ngan opah...
balik waktu2 lain jarang pergi ziarah...
salam dearie friend,
nk buat cmna kan dah suratan ilahi. Yg sentiasa menduga iman hambaNya..ina pun ada dugaan sendiri setiap kali raya..tapi x leh la nk cerita kat blog kan? nanti kantoi lak dgn kakak.huhu..

tapi kita kena tabah. dan banyakkan berdoa.

nanti raya dtg le ke rumah.miss ya!
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::