::Ceritera Batu Delima Yang Retak::

Alkisah, di sebuah kerajaan, raja memiliki sebuah batu delima yang sangat indah. Raja sangat menyayangi, mengaguminya, dan berpuas hati kerana merasa memiliki sesuatu yang indah dan berharga. Saat permaisuri akan melangsungkan ulang tahunnya, raja ingin memberikan hadiah batu rubi itu kepada isteri tercintanya. Tetapi saat batu itu dikeluarkan dari tempat penyimpanan, terjadi kecelakaan sehingga batu itu terjatuh dan tergores retak cukup dalam.
Raja sangat kecewa dan bersedih. Dipanggillah para ahli batu-batu berharga untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Beberapa ahli permata telah datang ke kerajaan, tetapi mereka menyatakan tidak sanggup memperbaiki batu berharga tersebut.
“Mohon ampun, Baginda. Goresan retak di batu ini tidak mungkin boleh diperbaiki. Kami tidak sanggup mengembalikannya seperti keadaan asalnya.”
Kemudian sang baginda memutuskan mengadakan perjumpaan, mengundang seluruh ahli permata di negeri itu yang ada.
Tidak lama kemudian datanglah ke istana seorang setengah tua berbadan bongkok dan berbaju lusuh, mengaku sebagai ahli permata. Melihat penampilannya yang tidak meyakinkan, para perajurit mentertawakan dia dan berusaha mengusirnya. Mendengar keributan, sang raja memerintahkan untuk menghadap.
“Ampun Tuanku. Mendengar kesedihan Tuanku kerana kerosakan batu delima kesayangan Tuanku, perkenankanlah patik untuk melihat dan mencuba memperbaikinya. ”
“Baiklah, niat baikmu aku kabulkan,” kata baginda sambil memberikan batu tersebut.
Setelah melihat dengan saksama, sambil menghela nafas, si tamu berkata, “Saya tidak bisa mengembalikan batu ini seperti keadaansemula, tetapi bila diperkenankan, saya akan membuat batu delima retak ini menjadi lebih indah.”
Walaupun sang raja meragukan, tetapi kerana putus asa tidak ada yang boleh dilakukan lagi dengan batu delima itu, raja akhirnya setuju. Maka, ahli permata itupun mulai memotong dan menggosok.
Beberapa hari kemudian, dia menghadap raja. Dan ternyata batu permata delima yang retak telah dia pahat menjadi bunga mawar yang sangat indah. Baginda sangat gembira, “Terima kasih rakyatku. Bunga mawar adalah bunga kesukaan permaisuri, sungguh cocok sebagai hadiah.”
Si ahli permata pun pulang dengan gembira. Bukan kerana besarnya hadiah yang dia terima, tetapi lebih dari itu. Kerana dia telahmembuat raja yang dicintainya berbahagia.
Moral of the story::
Di tangan seorang yang ahli, benda cacat bisa diubah menjadi lebih indah dengan cara menambah nilai lebih yang diciptakannya. Apalagi mengerjakannya dengan penuh ketulusan dan perasaan cinta untuk membahagiakan orang lain.
TIDAK ADA MANUSIA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI
::renung2kan::
::*adeqya8284*::

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::