*Paku Di Dinding Hatimu*

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapatmengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yangPertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin
tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kautelah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubangdi tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagiseperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari lukafizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dansentiasa membuka hatinya kepadakita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
Regards
adeqyah::8284

Comments

tech said…
nie cite pakcik paku ker....:)
Anonymous said…
cerita pakcik paku yang memaku rumahnya ^_^
hai maria comel..ina terbaca artikel berkenan nk copy bleh?? hehe...
Anonymous said…
boleh jer...i like this story...besar maknanya ^_^ thanks ina sudi lawat blog ni..

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...