Posts

Showing posts from January, 2009

::Sekadar panduan & peringatan::

Hmm...selepas apa yang terjadi...*merujuk kepada entry sebelum ni...hati ni terpanggil untuk share dgn kwn2 yg lain...panduan dan peringatan bg kwn2 yg ingin sambung belajar secara jarak jauh....selepas 3 tahun br sy sedar..komunikasi amat penting kpd kita dlm menyelesaikan satu2 perkara..tak kira sejauh mana kita berada, komunikasi yang baik akan memudahkan kita dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.Sebagai contoh 2 tugasan yang baru sy selesaikan... * 15 Jan 09 yang lps sy dapat selesaikan satu tugasan dengan mudah dan lancar ..walaupun ahli kumpulan berada di lain2 negeri..kedah, penang, perak....komunikasi di kalangan ahli amat baik..saling bertanya perkembangan setiap hari..salah seorang ahli kumpulan sy adalah penguatkuasa BPR yang kerap outstation dan jarang berada di rumah atau pejabat...tapi komitmen yg ditunjukkan amat baik dan dia selalu memudahkan kerja rakan-rakan yang lain dan yang paling istimewa ada salah seorang lagi ahli kumpulan kami telah selamat mel ahirkan ba...

::.......???............::

Tak ada tajuk yang spesifik untuk entry kali ni....lama tak mencoret macam ni la jadinya...almaklumla bercuti sakan sempena Gong Xi Fa Cai...Cuti yang padat! alhamdulillah terbayar semua ziarah..sempat pergi jenguk maklong, opah, opah cu, makyang, acik jah and mak2 saudara yang lain...penat! itu dah semestinya la ...tapi ianya satu kepuasan... itu yg penting... Walaupun dihambat dengan satu bala yang tak pernah diduga...Its that "bala?" or "nasib malang?" susah untuk ditafsirkan...."Kawan makan kawan"...hmmm susah la untuk dgambarkan sebab kita dalam bersahabat dah macam bersaudara...itu kata kita..tapi tak bagi sebelah pihak lagi...betul pesan org tua....jangan bagi kasih dan sayang 100% pada manusia...inilah padahnya...kasih sayang sebagai seorang kawan, kepercayaan dan hormat mcm seorang kakak...itu pun masih belum cukup bg "dia" terpulang la...pening la baca blog arini ...serabut... Macam tu jugak la serabutnya otak ni...harap2 dapat buat las...

::Indahnya Menjadi Wanita Islam::

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, renung2kan.... 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat. 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat....

::TAZKIYYATUNNAFS::

Mendidik hati merupakan perkara yg paling penting didalam proses utk menjadi orang mukmin yang bertaqwa .Semua lapisan masyarakat tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut, sama ada golongan miskin, kaya, pemimpin rakyat ,tua atau muda . Tiga proses yg mesti ditempuhi ialah : 1. Takhalli (Membersihkan diri dari segala sifat-sifat mazmumah) 2. Tahalli (Menghiasi diri dari dengan segala sifat-sifat mahmudah) 3. Tajalli (Merasai hasil dari mujahadah) Di antara kejernihan hati yg lahir di tgh tghkehidupan orang yang memiliki hati yang jernih ialah : • Spontan timbul rasa malu kepada Allah kerana terasa diawasi dan diperhati oleh Allah Ta’ala • Spontan timbul rasa takut dan hebat kepada Allah kerana terasa berada di dalam kekuasaan Allah Ta’ala . terasa pada hatinya Allah boleh berbuat apa sahaja pada dirinya seperti miskin , sakit , mati dan seumpamanya . • Spontan rasa berdosa dan menangis seorang diri ketika keseorangan kerana takut dosa dosanya tidak diampun oleh Allah . • Tidak menang...

::Derap-derap Tasbih::

Derap-derap tasbih::Nice novel inspirasi Iman, Cinta dan Tradisi.Secebis puisi indah dari novel ini.. Rabbi... Jika cintaku kau ciptakan untuk dia Tabahkan hatinya Teguhkan imannya Sucikan cintanya Lembutkan rindunya Rabbi.... Jika hatiku kau ciptakan untuk dia Penuhi hatinya dengan kasih-Mu Terangi langkahnya dengan nur-Mu Bisikkan kedamaian dalam kerisauan Temani dia dalam kesepian Rabbi..... Ku titipkan cintaku padaMu untuknya Resapkanlah rinduku pada rindunya Mekarkan cintaku bersama cintanya Satukan hidupku dan hidupnya ::Hadi S.Khuli;Derap-derap Tasbih:: Bahasa yang indah, garapan cerita yang agak menarik...ubat jiwa yang menenangkan... Fatih, Wardah dan Dian...watak2 yang mewarnai derap-derap tasbih...Buat pecinta-pecinta novel di luar sana....dapatkan ia segera :) ::regards;adeqya8284::

::Ceritera Batu Delima Yang Retak::

Alkisah, di sebuah kerajaan, raja memiliki sebuah batu delima yang sangat indah. Raja sangat menyayangi, mengaguminya, dan berpuas hati kerana merasa memiliki sesuatu yang indah dan berharga. Saat permaisuri akan melangsungkan ulang tahunnya, raja ingin memberikan hadiah batu rubi itu kepada isteri tercintanya. Tetapi saat batu itu dikeluarkan dari tempat penyimpanan, terjadi kecelakaan sehingga batu itu terjatuh dan tergores retak cukup dalam. Raja sangat kecewa dan bersedih. Dipanggillah para ahli batu-batu berharga untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Beberapa ahli permata telah datang ke kerajaan, tetapi mereka menyatakan tidak sanggup memperbaiki batu berharga tersebut. “Mohon ampun, Baginda. Goresan retak di batu ini tidak mungkin boleh diperbaiki. Kami tidak sanggup mengembalikannya seperti keadaan asalnya.” Kemudian sang baginda memutuskan mengadakan perjumpaan, mengundang seluruh ahli permata di negeri itu yang ada. Tidak lama kemudian datanglah ke istana seorang setengah tua...

::Positif...positif...positif...::

Entry hari ni bunyik lain macam je kan...hehe wanna know? Positif untuk apa yg dah diterima semalam..i got pb marks for JKP 212 subjek Hubungan Antarabangsa..thanks Dr Norraihan...rasanya markah ni berbaloi dgn usaha saya..alhamdulillah at least lulus...kebetulan masa jawab JKP 212 tempohari i have another paper...retailing with En Bad.. Gambaran yang dapat dari markah PB kali ni buat diri makin takut utk hadapai final exam nanti...no more honeymoon time...and kena fokus.. Thanks Dr...saya pasti akan jumpa Dr untuk ambil ubat sebelum final nanti.... hehe.. i hope u will help me.... regards::adeqya8284::

::Anak Halal::

Kelmarin ada masa untuk menonton "Anak Halal"...Rasanya dah ketinggalan kot untuk melontarkan komen..hehe lepas menonton...baruku sedar filem ni satu karya yang amat bagus....Pada dasarnya karya ni memaparkan jalan hidup yang agak sonsang tp disulami dengan nilai persahabatan dan kasih sayang yang tinggi....i feel it...kalau nak komen dari segi aksi mungkin tak pandai...tp dr segi moral pada jalan cerita maria bg 4 bintang....lakonan mantap Maya Karin buat hati ni tersentap seketika....memang patut dia terima award untuk filem ni...Congrats Osman Ali...n congrats tayangan unggul...banyakkan lagi filem2 sebegini untuk membuka minda rakyat melalui karya seni...pasti ramai yang menempelak dengan adengan2 kurang sopan yang dipertontonkan....hopefully takde yang ikut budaya gejala2 negatif tu n ambil pengajaran sebagai pedoman dalam hidup... *Sejak bila la jadi pengkritik filem nih?hehehe....sekadar melontarkan pendapat tak salah kan....bg yang belum menonton anak halal....rugi sa...

::Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!::

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku…. Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta! Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat. Cinta bukan bererti mengikat… tetapi me...

::Happy New Year & Happy Birthday::

Image
::Syura&Azim *Kakak dah banyak koleksi tudung, dh pandai bergaya:: ::muka adik yg bosan tgu ABC nyer:: Selamat Tahun Baru ::Happy New Year:: 2009 Datang jua akhirnya......sedar tak sedar...umur akan makin bertambah, tanggungjawab akan semakin berat.....cabaran mendatang akan semakin hebat....Harapan untuk tahun ni....... ::Berubah untuk jadi lebih baik *expecially dlm belajar..hehe...berazam untuk tak mau malas2 study n baca buku lagi:: ::Mencari calon???...^_^:: ::Jadi anak yg lebih baik *Nak ckp solehah tu jauh sgt tahapnya...cukup la jd anak yg menyenangkan hati ma & abah:: ::Jadi makcik yg baik untuk 3 ultraman kecilku:: Hari ni jugak birthday ultraman kecilku azim...yg ke 4....01.01.2009 ..hehe Happy Birthday adik....sorry makcik tak boleh spend masa lama dgn adik..semalam tak sempat cr kek utk dia tp ptg kelmarin sempat bw dia g mkn ABC special n tapaukan makanan faveret dia ...hehe..kat atas ada pic2 dia yg sempat snap sementara tunggu makanan dia siap....mcm2 hal..hehe ...