::Kita Ibarat Tempayan Retak::
Artikel dipetik dari laman ; iluvislam.com
Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar
di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya.
Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak.
Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh
setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya,
tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari.
Si pengangkut air hanya dapat membawa
satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.
Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya
kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.
Namun si tempayan retak yang
di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih
sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.
Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,
si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;
" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "
" Kenapa? " tanya si pengangkut air.
" Kenapa kamu berasa malu? "
" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air
daripada yang seharusnya dapat saya bawa
kerana adanya retakan pada sisi badan saya.
Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan.
Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;
" Jika kita kembali ke rumah majikan esok,
aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan
dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan
dan itu membuatkannya sedikit terhibur.
Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana
separuh air yang dibawanya telah bocor.
Tempayan retak itu kembali meminta maaf
kepada si pengangkut air atas kegagalannya.
Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;
" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah
di sepanjang jalan di sisimu
tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu?
Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya.
Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu
dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air,
bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu.
Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu
untuk menghias meja majikan kita.
Sesungguhnya tanpa kamu,
majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "
Kesimpulan dari kisah ini....
setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri.
Kita semua adalah tempayan retak.
Di mata Allah yang Maha Bijaksana,
tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma.
Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita.
Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang,
terselit kekuatan yang kita belum temui.
Comments
=)
Banyaknya kelemahan diri ini...Allah sahaja yg memahami.
pastinya..kita hanya hambaNya...
Tasya,
Sama-sama kita muhasabah diri..:)
Lina,
Kdg2 bila baca artikel mcm ni kita akan lebih muhasabah diri..dan pastinya kita sedar yang kita hanya hambaNya yg sentiasa perlukan rahmatNya....
Cu Syikin,
Saya juga ibarat tempayan yang retak itu..:)sentiasa punya kelemahan dan kekurangan diri