::Kita Ibarat Tempayan Retak::

Artikel dipetik dari laman ; iluvislam.com


Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar

di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya.

Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak.

Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh

setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya,

tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari.

Si pengangkut air hanya dapat membawa

satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.

Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya

kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.

Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali

di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih

sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,

si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "

" Kenapa? " tanya si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air

daripada yang seharusnya dapat saya bawa

kerana adanya retakan pada sisi badan saya.

Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan.

Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak,

dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok,

aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan

dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan

dan itu membuatkannya sedikit terhibur.

Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana

separuh air yang dibawanya telah bocor.

Tempayan retak itu kembali meminta maaf

kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah

di sepanjang jalan di sisimu

tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu?

Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya.

Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu

dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air,

bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu.

Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu

untuk menghias meja majikan kita.

Sesungguhnya tanpa kamu,

majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "



Kesimpulan dari kisah ini....

setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri.

Kita semua adalah tempayan retak.

Di mata Allah yang Maha Bijaksana,

tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma.

Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita.

Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang,

terselit kekuatan yang kita belum temui.


*Renung2kan....


::regards::



Comments

NS said…
betul. setiap manusia punya kelemahan dan kelebihan masing masing.
betul la k.maria...huh, sungguh menginsafkan diri ^_^
lupa nk bgtau yg ina suka baca cita ni. mmg betul pun kn, bila fikir balik, setiap org tak da yg sempurna.setiap ciptaan Allah tu unik. walaupun kita tak sedar yg diri sendiri pun ada satu kelebihan yg tak ada pada org lain di sebalik kelemahan yg kita sering nampak dlm diri..sama macam kisah tempayan retak ni la kan?

=)
ASYIQ said…
Tempayan retak...akulah itu, hihi.

Banyaknya kelemahan diri ini...Allah sahaja yg memahami.
* adeqya8284 * said…
Nobuta,
pastinya..kita hanya hambaNya...

Tasya,
Sama-sama kita muhasabah diri..:)

Lina,
Kdg2 bila baca artikel mcm ni kita akan lebih muhasabah diri..dan pastinya kita sedar yang kita hanya hambaNya yg sentiasa perlukan rahmatNya....

Cu Syikin,
Saya juga ibarat tempayan yang retak itu..:)sentiasa punya kelemahan dan kekurangan diri

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::