* segalanya milikmu....*
Alhamdulillah ...
hujung minggu yang menggembirakan buat saya ...
untuk kesekian kalinya saya mula keluar dan menjejak menjenguk dunia luar...
hari sabtu kakak & anak2 buah saya balik...
sempat saya keluar dengan kakak untuk membeli barang2 keperluan rumah...
hari ahad ... saya dan tini menjejak pula ke kedai2 buku yang berdekatan ...
baru teringat...
bulan ni saya belum lagi beli majalah solusi :)...
majalah feveret saya sejak setahun yang lalu...
alhamdulillah masih ada stok untuk edisi bulan julai...
sedang membelek2 majalah terpandang rak2 yang berisi novel di sebelah saya...
dah lama rasanya tak beli novel...
sejak saya bertukar kerja ...jangankan novel...
suratkhabar pun belum tentu sempat saya baca...
sementara masih ada saki baki MC baik saya ambil peluang kan...^^,*
keluar dari kedai buku ...
saya dapat 2 buah majalah dan sebuah novel...
dan novel yg saya pilih..."stanza cinta"...adaptasi novel ni sedang ditayangkan di tv3...
kebetulan semalam adalah waktu tayangannya ...
so tak susah untuk feeling bila baca novel ni...
untuk pertama kalinya ...
airmata saya jatuh selepas baca sebuah novel..
sebelum ni tak pernah rasanya ...
sebab kebanyakan novel yang saya beli happy ending...
tapi berbeza dengan stanza cinta ...
rasanya tak perlu sy kongsikan perjalanan ceritanya ...
nanti tak suspen pulak kan untuk menonton...
cuma ...dalam banyak2 watak dlm stanza cinta ...sy jatuh hati pada irfan ...
warkah terakhir irfan untuk amni buatkan saya menagis jam 3 pagi td...
hijrah Irfan dalam mencari cinta yang tulus terhadap Amni ...
akhirnya mempertemukan irfan dengan cinta yang sejati...
irfan berubah ...seikhlas hatinya ...bukan berubah semata2 kerana cintanya terhadap amni...
watak amni dlm stanza cinta juga menjadi inspirasi buat saya...
pegangan saya sebelum ni...juga menjadi sebahagian drpada watak amni...
teringat saya pada seseorang tika ada khilaf hati yang melanda persahabatan kami...
saya ditanya satu soalan ...
"bagaimana awak boleh kata awak sayangkan sy sedangkan kita x pernah keluar berdua?"
dan jawapan itu ada dalam stanza cinta ...^^,*
tak mudah untuk kita berperang dengan nafsu sendiri...
tak mudah juga untuk kita tidak lalai dengan amukan cinta duniawi...
segalanya pilihan kita.... dan ianya lahir dr hati...
saya titipkan sedikit di sini satu epilog ...
yang benar2 telah menyentuh hati ini...
Epilog Aku Zaujahnya ....
Tuhanku...
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku...
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih daripada segala sesuatu...
Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada posisi keempat dalam hatinya...
Setelah Engkau, Rasul dan Umminya...
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu
Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting,
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya...
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidak sia2...
Seorang yang memiliki hati yang bijak...tidak hanya otak yang cerdas...
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku...
Seorang lelaki yg tidak hanya memujaku tetapi jg menasihatiku ketika aku berbuat salah...
Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku...
Seorang lelaki yang dpt menjadi sahabat terbaikku setiap waktu...
Seorang yang dapat membuatku berasa sebagai wanita ketika aku disisinya...
Tuhanku,
Aku juga meminta ...
Jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bangga...
Berikan aku hati yang sungguh mencintainya dengan sekadar cintaku...
-SC-
regards
~adeqya8284~
~adeqya8284~
Comments
;)
yup...sangat2 best ...
full star untuk penulis ni...
dlm tele tak banyak ayat best2 ...
novel lagi best!...no problem ...
anytime boleh pinjam ...hi3