::Penawar Bagi Hati Yang Luka::
Kadang-kadang bilamana kita dilanda pelbagai ujian & dugaan hati ini selalu sahaja merintih & pelbagai persoalan yg timbul dibenak hati sanubari kita....
KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa dibiarkan (saja) mengatakan; "Kami telah beriman," sedang mrk tidak diuji lagi? & sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka seseungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? ?
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak megetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupnya. " Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA??
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu beriman." Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUSKU MENGHADAPINYA?
"Hai orang-orang yg beriman, bersabarlah kamu & kuatkanlah kesabaranmu & tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) & bertaqwalah kpd Allah supaya kamu beruntung." Surah Al-Imran ayat 200
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri & harta mrk dengan memberikan syurga untuk mereka..." Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"...Cakaplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yg memiliki 'Arsy yg agung." Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK BERTAHAN LAGI!!!!!
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." Surah Yusuf ayat 87
Semoga segala persoalan & rintihan yg melanda jiwa & sanubari kita terubat dgn janji-janji Allah. Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Qur'an lah tempat kita merujuk segala permasalahan. ..
Kerana ia adalah Penawar, penawar utk kita...
Renung-renungkan.:Setiap yang berlaku pasti terselit hikmah yang baik buat seluruh umatNya..InsyaAllah....:.
Regards::adeqya8284::
Comments