Posts

* My Masters Journey *

Image
Edisi throwback kali ni... Alhamdulillah... Tahun 2017 adalah antara tahun yang meninggalkan kenangan manis untuk saya... Banyak suka duka yang dilalui tapi secara peribadi ianya adalah momen manis bagi saya... Tanggal 19 November 2017 Secara rasminya saya telah bergraduasi sebagai pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Awam Alhamdulillah... another step move forward... TQ Allah... Terima kasih family, kawan-kawan, rakan-rakan pegawai yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam pengajian kali ini... hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua... 2 tahun setengah yang indah, 2 tahun setengah yang penuh dengan pengalaman-pengalaman baru... Alhamdulillah perjalanan pengajian kali ini juga dipermudahkan dari segenap sudut... Direzekikan mendapat tajaan biasiswa drpd pihak KPT ianya rezeki yang tidak saya jangka... Ok la segan nak menaip banyak-banyak Kita simpan je la memori konvo di sini... Paling best... Kali ni direzekikan dpt konvo dgn BFF...

My Masters Journey : Conference at Krabi

Image
Lama menyepi kali ni... hampir dua tahun tanpa sebarang entry mencari kekuatan disamping merawat luka dihati ... cewaahhh klise sangat bunyinya... Alhamdulillah... terima kasih Allah... kerana temukan saya dengan satu suasana baru... keluarga baru dan satu semangat baru... pada setiap ujian itu pasti Allah selitkan hikmah Alhamdulillah... dan moga Allah terus beri saya kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang... since feb 2015 lagi sebenarnya saya dah bertemu dengan satu dunia baru... dunia sebagai pelajar hasrat yang saya telah tangguhkan selama hampir lima tahun... dan akhirnya dalam satu tekanan yang amat saya tidak jangkakan Allah anugerahkan rezeki untuk saya menjadi sebahagian daripada warga universiti pengurusan terkemuka Malaysia UUM, Sintok ... menjadi pelajar sarjana bukanlah semudah menjadi pelajar di peringkat ijazah pertama dulu banyak dunia baru yang perlu saya terokai... dan salah satu dunia yang mengujakan saya adalah conference! secara perib

*Ujian itu tanda kasih Allah*

Image
Alhamdulillah... getting better ... masa untuk serahkan kembali hati ini pada yang hakiki... *tabah* saya pujuk hati,  ujian ini tak akan terjadi tanpa izinNya... Allah letakkan ujian itu setara pada kemampuan hambaNya.. jangan bersedih  *La Tahzan! Wahai pemilik hati.. Engkau yang Maha Mengetahui tiap atas apa jua takdir yang diingini... Anugerahkan hikmah diatas setiap ketetapan yang terjadi... Berikan kebaikan diatas ujian ini... Semoga hati-hati kami bertemu dengan cinta hakiki... Cinta yang mendekatkan kami kepadaMu ya Rabbi... Terima kasih Allah atas ujian ini... Anugerahkan kami kekuatan... Anugerahkan kami ketenangan... Anugerahkan kami kebijaksanaan dalam mengendalikan setiap titipan ujian ini... bingkisan indah... bersama Ustazah Isfadiah ketika Konvensyen Kepimpinan Dakwah 2014 yang lalu *tak siapa tahu hujan di hati tika ini *tak siapa tahu gundah di hati saat ini *Terima kasih Allah ...at

Pesan Buat Diri dan “Yang Bertanya”

Hidup tak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup. Warna-warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dijangka dan dipinta. Namun ketabahan jualah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Dunia ini sementara begitulah jua dengan ujiannya. Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu dia sentiasa mengujinya. Fahami takdir dan susunlah tadbir. Dikala tidak berdaya, ketika itulah pertolongan sudah semakin hampir. Menulislah dengan airmata dan keringat. Ketika dingin dan hangat. Kita hanya hamba. Berdamailah dengan takdir. Disitu ada ketenangan Itulah janjiNya Tuhan tidak pernah mungkir! Tinta, Hamba yang berdosa.  *PMJ*

gegar vaganza vs gegak gempita

Image
cuti sekolah datang lagiiiiiii!!!!!!! ok maka dengan itu bermula lah jadual tahunan saya dengan kanak-kanak kenit neh... selagi saya belum ambil... selagi tu juga la diaorang menceceh nak balik umah wan... dah sampai rumah wan... maka macam-macam la ragam & aktiviti yang timbul .. ni aktiviti kanak-kanak kenit malam hujung minggu baru ni  kacau opah yg tgh tgk tv  *nak tarik perhatian opah dengan pakai helmet terbalik...aduyaiiiii adoi la adik... ini ragam dia bila permintaan dia tak ditunaikan kalau serah tv dekat dia ... dah comfirm2 la kami kena mengadap kartun 24 jam... opah dengan wan nk tgk konsert gegar vaganza * makcik pun tumpang sama sebenarnya ...hi3 bila permintaan dia tak dilayan mcm tu la jdinya habis satu rumah kena kencah.. dok pujuk opah sebenarnya tu nak pergi pesta... tapi opah cuba tukar plan ajak pergi tempat lain ... hi3... ape2 je la dik oiii yang penting bahagia... ini lah rutin saya dari diaorang kecik lagi... masuk je

Edisi sakit itu datang lagi...

Sejak dua malam lepas... saya dibelenggu sakit yang agak kronik dari bahagian pinggang ke leher... sakitnya mcm period pain tapi dua kali ganda lebih sakitnya... Saya tak tahu daripada mana puncanya sakit ni... rasa mcm nak tercabut nyawa aja... semalam usai solat isya' berpeluh-peluh saya jadinya... air mata saya tumpah tanpa sedar... solat 4 rakaat amat menyeksakan... teramat la sakit saya gagahkan jua setiap pergerakan walaupun perit pg ni datang pejabat pun gagahkan diri sebab kena buat persiapan meeting untuk bos... Lately saya akui... stress saya di tempat kerja bertambah-tambah dengan kehadiran ahli baru di pejabat... saya tak tahu di mana silapnya... terlalu banyak aura negatif yang dibawa ke dalam keluarga saya di pejabat  apa yang saya boleh kongsikan di sini  bukan saya sahaja yang merasai aura negatif beliau... satu tahap dia juga beri tekanan kepada rakan-rakan sekerja yang lain dua minggu lepas ada staff lelaki yang dtg mengadu masalahnya... samp

Ya Allah permudahkan...

Image
 Sesungguhnya sesudah kesulitan, ada kemudahan ( Al-Insyirah :5) ayat azimat yang selalu saya sebut untuk pujuk hati...  satu persatu tugas & tanggungjawab yang dipikul terasa berat... Allahuakbar... ada ketika tak tertanggung bahu ini untuk memikulnya... saya kira dah kering airmata ... segala yang tinggal hanya untuk Dia... hanya untuk Dia...tempat mengadu dan memohon    Ya Allah permudahkan segala urusan kami...  tabahkan hati kami... kuatkan jiwa kami dalam mengharungi segala ujian dan mehnahMu jauhkan kami dari insan-insan keji yang mampu menggugah iman ini  terasa besar tanggungjawab berada di tempat ini ... Allahuakbar  bukan mudah bergelar Daie... terasa kerdil dengan ujian ini ...  Doakan saya ...  rega rds adeqya8284